PhotobucketPhotobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label Citer sal Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Citer sal Lelaki. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….



BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….

Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..
♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Saturday, June 18, 2011

Bahagianya jadi LELAKI...

Mownink sumer..awal nye aku bangon pagi nih?? hehee...biasalah kan,,tadi da elok2 tidor terjaga sebab terkezutt dgn kilat yg berdentum dentam...nak ujan rupenye!! heee....tapelah,ape lagi mata da tak boleh nak titow kat sinilah tempat yang aku tuju! My lovely Blog tuh write new entry..lalalaaa~~

Act, tiba2 aku dapat ilham n inspirasi tak tawu lah dpd mana kan...tiba2 sumer nih terlintas dalam kepala otak aku secara spontan..ngeh3!! nak tawu tak ape,jOm bace....aku cuba huraikan sebijik2 oke....n_n

erhmm..aku nak cerita mengenai lelaki lah arinih! wahh,,beraninya aku! ekekee...alorr bukan ape meyh, saja nak share...& aku nak tawu pendapat2 lelaki2 diluar sana betol ke tak..hihiii...

tajuknye....

BETAPA BAHAGIANYA JADI LELAKI....!! 



TengOk! tajuknye pon dah membuatkan mereka2 yang bergelar lelaki nih tersenyum n tersengih2 macam kambing...hahaaa...oke,sambung...

1. Tidak perlu merasa loya dan tidak sedap badan sewaktu hamil... right?? hahaa...yelar,yang mengandungnye pastinya isteri2 mereka..tapi tanggungjawab dorang pon besar jgk..untuk menjaga isteri2 mereka..hehee...

2. Tidak payah bersusah payah membawa perut apa lagi stretch-mark sepanjang kehamilan....

3. Tidak perlu merasa kesakitan semasa melahirkan anak... see, betapa bahagianya mereka kan??

4. Hah nih best..hahaaaaa....lelaki kalau mandi pastinya kurang drpd 10minit... ce bayangkan law perempuan mandi?? hahahaa....contoh law perempuan n duduk rumah sewa yang hanya mempunyai satu bilik air, Urghhh nak tunggu turn mandi tuh sempat lelapkan mata kejap,, pastu bila da terjaga tuh kadang2 turn mandi pon tak sampai2 lagi..lamanyeee.... Law lelaki simple je tak sampai 3minit da kua, tol tak korang?? HAHAA...

5. Pastu law lelaki dia nak keluar rumah,pastinya dorang akan bersiap tak lebih drpd 5minit...hahahaa....ce bayangkan law perempuan? mana nak bersiap,tepek bedak,ginculah,mana dgn blusher n macam2 lah..padahal juz nak p kedai kat depan rumah je...bukan nak cakap orang lain,sebab aku pon same jugak...wakakaa!!!

6. Law bercakap dari segi penjagaan diri,aku akui lelaki memang simple! simple sangat2..tapi ada jugak certain lelaki yang orang kata ape tuh? ceweret! kah3..Tettttt!!! Yang sangat2 mementingkan penjagaan diri n kadang2 melebihi kaum perempuan..hihii...tapi aku bukan nak cakap pasal lelaki yang nih,aku nak cakap tentang lelaki yang simple...nak tawu nape?? sebab lelaki yang simple nih akan berhabiskan duit mereka untuk membeli pisau cukur sebagai penjagaan diri yang paling asas..kan?? hehee...tak macam perempuan,kadang2 ade yang sanggup berhabis duit gaji bulanan mereka untuk membeli make-up mereka n pergi buat facial muka untuk cantik... n_n

7. Dan law kita bercakap pasal pergi holiday o memane je kan,seorang lelaki cukup hanya membawa satu beg kecil saja...tapi law kaum perempuan? hahahaaa..pastinya banyak beg yang dibawa...mana dengan beg baju, beg kasut lagi, beg make-up,beg tangan lagi...law skali pandang macam nak pindah rumah pon ada,hahahaa...padahal pergi holiday je kOt~!!

8. Seorang lelaki yang simple paling tidak pon mempunyai sepasang kasut kerja, selipar, dan kasut bersukan. Itu pon sudah lebih daripada cukup...dorang tak perlu la nak jadikan kasut2 mereka sebagai koleksi melainkan mereka tuh artis..ngeh3!

9. Lelaki tidak perlu takot atau risau kalau kenderaan mereka tersangkut atau tersadai di tengah malam...hah,part nih aku mmg akui..law kaum perempuan berada dalam keadaan nih aku rase dorang memang da cuak giler lah..tak yah cakap sape2 lah sebab aku pOn macam tuh!! hahaaa...tapi bagi lelaki..hahahaa...kalau dorang ternampak somtink yang tak diingini kat tengah jalan waktu tengah2 malam,ada yang siap boleh melambai2 kat benda tuh..HAHAHAA~!! tapi tak sumer laki berani macam tuh,ada jugak yang penakut lebih drpd perempuan..huhuu....tapi law dorang tersadai kat tengah jalan malam2 pastinya mereka tawu nak perbaiki kereta mereka tuh n law tak pon dorang akan call kawan2 dorang ambik dorang dan bia kereta mereka di tepi bahu jalan..esok pagi2 lagi da panggil orang tarik kereta dorang....p bengkel...kahkahkah!!

10. Dan law bab nih, aku memang akui,,sebab tuh Allah S.W.T. kurniakan lelaki dengan 9 akal & 1 nafsu berbanding wanita dikurniakan 9 nafsu & 1 akal..hehee...sebab ape?? sebab lelaki mempunyai mood yang sekata dalam apa jua keadaan & semasa..kira tahap pemikiran lelaki nih sentiasa profesional n susah tuk dikawal oleh emosi...sebab tuh Allah bagi tanggungjawab kepada lelaki yang sangat2 besar...untuk menjaga kaum wanita n menjadi pemimpin untuk keluarga mereka... n_n

Jadi, bagi kaum lelaki betapa beruntungnya anda kerana anda dilahirkan sebagai seorang lelaki n kekalkan kelelakian korang tuh..HAHA..jgn sesekali terpikir tuk tuka2 plak...berdosa nyah!!! hahaaa...n bagi kaum perempuan betapa bertuahnya anda dilahirkan sebagai seorang wanita...Jagalah keperibadian korang n tanggungjawab korang sebagai seorang wanita di muka bumi ini...tak lupa jugak tuk diri aku..sebab aku pon wanita jugak! heheee.... ^.^

Tuh je kot yang aku dapat huraikan..ngeh3...nanti law ada lagi yang aku terpikir sal nih...aku update key!!

Pssttt!! ::: Jangan sesekali bandingkan kaum lelaki n kaum perempuan terutamanya pada kekasih atau isteri korang, sebab  itu sumer lumrah n fitrah kehidupan seorang wanita...begitu jgak lelaki...hehee...law tak t sia2 je kena makan roti Hi-5 kat pipi..huahuahuaaaaa.... ;p

.....................................................................................

♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Thursday, May 26, 2011

* Perkara yang lelaki perlu tahu & perempuan perlu tahu *

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

-Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
-Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
-Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya -WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
-Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
-Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
-Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
-Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
-Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
-Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.


“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”


Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

-Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
-Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
-Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
-Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
-Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
-Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
-Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
-Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
-Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
-Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
-Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
-Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
-Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
-Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
-Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
-Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
-Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
-Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
-Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
-Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.


Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Tuesday, May 24, 2011

* cara pujuk lelaki merajuk?? *

selamat pagi sume pembaca blog ku!! oke,,aku malas la plak nak bermukadimah pnjg2 di awal pg nih sebab mate pon da mgantuk yang teramat sgt2..mgkin da smpai mase tuk aku menidurkan & merehatkan diri aku tuk beberapa jam..huhuu...soo,,aku nak share ngn kowg sume..wel,, sharing is caring! & caring ofkoz la kne sharing! ye dak?? hihii...ape yg terjadi nih??.......................


tadaaaaaaaaaa...hahaaa..aku persembahkan camner cara nak pujuk lelaki yang sedang majOk nih..hihii...nak pujuk lelaki yg merajOk nih mmg susah. tapi law kekasih yang dicintainya itu pujuk,,komfem takkan lame die akan jual mahal.. yang penting kite akui kesilapan kita n belajar untuk ambil hati dia tak kira dlm keadaan ape skalipon...n_n



Mengapakah si dia merajuk?

Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.

Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?

Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu. :)

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

InsyaAllah, mudah-mudahan si dia akan kembali menghubungi anda dan perhubungan anda pulih seperti sedia kala.

Sekiranya anda mempunyai tips memujuk lain yang anda ingin kongsikan, sudi-sudilah memberikan komen di bawah ini. Agar kita sama-sama dapat membantu antara satu sama lain memujuk pasangan lelaki kita yang sedang merajuk itu. :)
♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Monday, May 23, 2011

* tanda2 lelaki merajuk *

huhuu...lelaki merajuk?? faktaaa!!! lelaki mmg kdg2 kuat merajOk n mmg suke sgt2 dipujuk...tapi kite sbgai isteri, kekasih, sahabat atau ape saja kdg2 tak sedar yang chenta hati kita tu sedang merajOk..betol tak?? hihii...cam aku laaa...aku pon tak awu knape my Chenta tuh majOk..sebab ape die majOk..then cam mane aku nak pujuk.. hahh,, entri kali nih aku nak share ngn kamo, kamo, n kamo jgk! supaye kamo sume tawu ape tanda2 lelaki tuh majOk!! n_n

jom2,,kita share same2 bende yg bermanfaat nih..huhuu..:)




Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun...



-amacam?? da tahu kn?? soo...law kekasih, sahabat atau ape2 jelah kamo majOk o tarik muncung itik uh,, cepat2 la kowg kesan ye...jgn sampai dpd majOk bertukar jadi marah plak sudah la..hahaa....yang penting law lelaki nih majOk, beri die mase tuk tenangkan fikiran sebab lelaki nih ego ckt!!! n bile die da oke,,baru kowg mulakan adegan pujuk memujuk ngan die..insyAllah,die akan cepat terpujuk! nanti aku share ngn kowg camner nak pujuk bile lelaki sedang majOk pulak oke!! hik3x! -

.................selamat berjaya................
♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Wednesday, April 20, 2011

* tanda2 Lelaki jatuh Cinta *

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada Kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmatanya hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA..

- ketahuilah wahai wanita-wanita di luar sane..jika kekasihmu bersikap begini jgnlah salahkan die..cube pikir positif disebalik setiap tindakan yg dia lakukan n kalau anda tak setuju berbincglah dengan baek..oke??? ^_^

-sekian terima kasih.....-
♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

_Jgn Lupe Klik!_

!♥2010, kini dan Selamanya! Hak Milik Cik Chomeieyza♥!