PhotobucketPhotobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Tentang Dhia. Episod 19

Bila Tangan dah Gatal nak hapddett...

Korang tengok tadi cerita "Tentang Dhia" ?  Umm mestilah korang tengok kan? takkan lah tak tengok, huhu . Episod kali ni da masuk Episod 19 . Dengar cerita Episod nih sampai episod 25 ? Khabar angin je. Iza ada terbaca dekat blog orang , hihi .

Tapi untuk episod kali nih, iza geram tengok Mak Zikir ! Rasa macam nak belasah - belasah je ! Ade ke dia sanggup nak bagi anak dia minum darah kambing hitam semata - mata nak anak dia tuh benci dekat Dhia ! Giler betol orang tua tuh ! Huhh , dengan muka taik a.k.a muka jahat dia tuh bikin panas je ! rasa macam nak lempang laju-laju kat muka dia ! [ ishhh, apesal aku plak yg emosi nih ! haha ! ]


Tapi Alhamdulillah mak Dhia dah sedar da sudah boleh menerima kenyataan atas pemergian suaminya yang tercinta. Kesian tengok mak Dhia. Mak Dhia tahu tentang niat jahat Mak Zikir . Macam mana dia tahu ? Masa tuh Mak Zikir tengah cakap telefon dengan Bomoh Siam dia , rupanya Mak Dhia pasang telinga dengar perbualan diaorang. Mana tak nya, cakap tepon bukan maen kuat macam nak suruh satu kampung dengar ! HAHA .

Mak Dhia berjanji nak balas dendam atas apa yang dia dah buat pada ayah Dhia dan Dhia. Nak tahu ape pengorbanan yang bakal Mak Dhia lakukan ? Sama-samalah kita ikuti sambungannya pada esok hari , jam 7-8 malam di tv 3 . byeee !!

Sebelum tuh, jangan lupa saksikan cerita "CINTA ELYSA" jam 9 malam di tv 3. Selasa nih. Minggu ni minggu terakhir . Adakah Cinta antara Elysa dan Johan akan bersatu ataupun hanya sekerat jalan ? Saksikanlah kesudahan cerita yang penuh dengan tragis ini ! cewah ! HAHAHA.... ✿ 
-Iza tak tgk pon cerita nih ! nak tawu sebab ape ? sebab iza tak suka Fasha Sandha ! hahahaha! never la nak tgk law dia yg berlakon ! hua3 !




♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Thursday, December 8, 2011

Tentang Dhia. Episod 18

haloo.. haloo. Amacam? korang tengok tak tadi citer "Tentang Dhia?" tadi? aloloo, rugi lah pada korang yang tak tengok tuh. hihii. Makin best! jom, iza nak buat sikit huraian tentang cerita tuh, Episod kali ni dah masuk episod 18 tau..

Seperti yang kita tahu Dhia dah pun kahwin dengan Zikir. Zikir adalah seorang suami yang sangat2 baik dan soleh. Mak dan Ayah Dhia hendakkan cucu cepat berbeza dengan Mak Zikir yang memang langsung tak nak zuriat daripada Dhia dan Zikir. So dengan guna BOMOH SIAM dia itu, dia SANTAU Mak dan Ayah Dhia. Siap Package! First dia nak buat Dhia keguguran dan ikat perut Dhia supaya tak boleh mengandung lagi. 2nd, dia nak buat Dhia dan Zikir berpisah dan buat Zikir benci sangat2 dekat Dhia! dan 3rd, dia nak santau BESAN dia sendiri iaitu Mak dan Ayah Dhia. At last, ayah Dhia meninggal dunia akibat terkena santau dia tuh!

Tapi sebelum ayah Dhia meninggal, Ayah Dhia sempat pesan sesuatu pada Dhia...
 - Manusia ini sama sahaja. Tiada manusia yang sempurna. Mereka2 semua yang akan datang masa persandingan Dhia, bila mereka meninggal mereka akan memakai kain kapan yang sama, warna putih yang sama. Tiada satu pun yang akan memakai kain kapan daripada sutera. Ayah nak tengok anak ayah ni puas2 sebab nanti bila kita dah terpisah, ayah akan duduk jauh. Dhia ingat pesan ayah, jaga diri elok2, jangan tinggal Solat dan taat pada Zikir (suami Dhia) ye ...

Sedih sangat masa nih! Tak sangka ni kali Dhia bersembang dengan Ayahnya. Selepas ayah dia meninggal, Mak Dhia Jadi trauma. Kadang2 terlupa dan dia masih ingatkan suaminya masih hidup. Mak Zikir manghasut fikiran Dhia dan Zikir dengan mengatakan yang Mak Dhia terkena BADI orang mati iaitu Ayah Dhia. Naseb baek ada Ustaz yang cepat2 menyedarkan mereka semasa dia bertandang ke rumah Dhia. Padahal semua nih kerana Santau yang Mak Zikir buat untuk kenakan besannya.



Umm, korang rasa apa akan jadi seterusnya? ishh, iza tengok citer nih iza rase geram yang teramat sangat! Oke lah, law nak tawu apakah sambungan nya sama2lah kita tengok episod yang akan datang oke, Next week lah. sebab cerita ini cuma bersiaran Isnin - Khamis je. huhuu..

Tapiii... jangan lupa saksikan cerita "TEROWONG" ye, pada pukul 9 - 10 malam nih kat tv3. EPISOD AKHIR tuh! Actually, iza tak pernah ikuti perkembangan cerita nih sebab tak suka citer seram - seram nih! hihii  ^.^  Saja - saja nak ingatkan korang semua! 

Okay lah, pai pai. Nak pergi kedai. Mak iza suruh beli Perencah Nasi Goreng! lalalaa, nak buat nasi goreng! nyum. nyum..




Bersyukur lah andai musibah menimpa diri kita, dengan itu kita akan berasa dekat dengan Allah dan sebenarnya diri kita sebenarnya dalam perhatian dan kasih sayang ALLAH


Jom Singgah Link Dibawah :
Tentang Dhia : Episod 17
♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Wednesday, December 7, 2011

Tentang Dhia. Episod 17


haiii..iza kembali lagi...hihii. oke.. lets story abOut TENTANG DHIA episod 17.. 
wah nampaknya da episod 17.  oke. jom...

Pung pang pung pang akhirnya Dhia berkahwin jugak dengan Zikir. Alhamdulillah.  Semua orang senang hati ye tak? haisshh,, tapi ada jugak orang yang tak senang hati dengan kebahgiaan Dhia dan Zikir... Mak Zikir dan Zetty, adik kepada Zikir... Bomoh Siam konon! Mak Zikir cepatkan perkahwinan Dhia dengan Zikir supaya senang untuk dia jalankan kerja2 terkutuk dia tuh! Subhanallah... Geramnyee! Tetapi iza bangga dengan Dhia dan Zikir, walau apepon cabaran yang mendatang Cinta mereka tetap utuh dan kuat. 


Tetapi kasihan tengok Azmi yang meringkuk dalam penjara atas tuduhan memiliki dadah... ini semua angkara Melly, isteri kepada Azmi. Pada mulanya dia nak perangkap Raffi tetapi silap dia termasukkan dadah dalam beg Azmi.. jadi Azmi lah yang menjadi mangsanya! kalau dah perangai buruk macam tuh siapa je yang nak ye tak? hihii.... 


Kalau kita sayangkan seseorang kita mestilah biarkan dia hidup bahagia walaupun bukan dengan kita.. 
* Adakah korang semua sekuat Raffi & Azmi? 


Seusai solat...
Zikir : Abang tidak tahu hari esok, lusa, minggu hadapan, tahun hadapan atau 10 tahun lagi apa yang akan berlaku.. tatapi abang akan jadi suami yang bertanggungjawab yang memberikan cinta, jiwa dan seluruh hidup abg untuk sayang. Abang janji Dhia.

Dhia : ....  ='(   [tangisannya adalah jawapan kebahagiaan yang ditunggu selama ini!]

*kita doakan kebahgiaan Dhia dan Zikir. Iza percaya masalah akan banyak timbul selepas ni.. Nih semua angkara Mak Zikir. kalaulah dalam realiti ada jugak manusia yang berperangai tak bertamadun macam nih, tak tahulah nak cakap macam mana. Mintak dijauhkanlah daripada orang2 macam ni...

Oke semua..kita ikuti episod yang seterusnya, esok. hihii. standby depan tv awal2 taw takot nanti terlepas pulak. takpon law takot terlupa set alarm kul 7mlm. Sementara tunggu iklan habis, jgn lupa tunaikan solat Magrib. Solat jangan tinggal. :)

Tata semua. Nak pergi pasar malam lah. nyam, nyam. Nak beli putu piring! febret tuh! byeeee...





♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Tuesday, December 6, 2011

Nur Qamardhia meninggal???


As Salam sumer! 
 Ummm...tga cuti sem..biaselah keje iza..
tengOk tv...smpaikan tv tuh pon da jemu nak tgOk muke iza..hahahaa
oke..arinih nak story ckit sal citer "Tentang Dhia"
woww! citer Akasia tuh,yg kul 7-8mlm tuh..hihiii...
setiap hari isnin hingga Khamis...

Pelakon Utama dia Nora Danish & Adi putra..
Nora Danish as Nur Qamardhia dan Adi Putra as Zikir..
gandingan yang sungguh mantap!

Tapi untuk episod hari ini,sedih la..
 sebab sampai hati mak si Zikir tuh BOMOH kan Dhia....
tiba2 Dhia pengsan...mak n ayah dia bawak p hospital...
skali doktor sahkan dia dah meninggal...
tiba2 jantung dia terhenti...
Sebelum nak kebumikan nasib baik ada Ustaz yang tolong pulihkan Dhia..
Dhia selamat...
Kuasa Allah S.W.T lawan ngn kuasa Syaitan sudah semestinya Kuasa Allah Lebih Hebat!
Alhamdulillah Dhia sedar...

Nak tawu sape yang BOMOH kan Dhia???
hahahaa..Mak Zikir sendiri lah..gara2 dia tak suke Dhia kawen ngn Zikir...
Sampai sanggup BOMOH dan SYIRIK  pada ALLAH...!!!
nak tawu ape yang jadi pada Mak Si Zikir tuh??

Rasa nya citer nih macam nak abis dah! hahaa...
oke,,sama2lah kita tengok esOk ye...
jgn lupe....!
hihiiii....

Cau Sin ciii...

^.^

♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

_Jgn Lupe Klik!_

!♥2010, kini dan Selamanya! Hak Milik Cik Chomeieyza♥!