PhotobucketPhotobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Thursday, December 8, 2011

Tentang Dhia. Episod 18

haloo.. haloo. Amacam? korang tengok tak tadi citer "Tentang Dhia?" tadi? aloloo, rugi lah pada korang yang tak tengok tuh. hihii. Makin best! jom, iza nak buat sikit huraian tentang cerita tuh, Episod kali ni dah masuk episod 18 tau..

Seperti yang kita tahu Dhia dah pun kahwin dengan Zikir. Zikir adalah seorang suami yang sangat2 baik dan soleh. Mak dan Ayah Dhia hendakkan cucu cepat berbeza dengan Mak Zikir yang memang langsung tak nak zuriat daripada Dhia dan Zikir. So dengan guna BOMOH SIAM dia itu, dia SANTAU Mak dan Ayah Dhia. Siap Package! First dia nak buat Dhia keguguran dan ikat perut Dhia supaya tak boleh mengandung lagi. 2nd, dia nak buat Dhia dan Zikir berpisah dan buat Zikir benci sangat2 dekat Dhia! dan 3rd, dia nak santau BESAN dia sendiri iaitu Mak dan Ayah Dhia. At last, ayah Dhia meninggal dunia akibat terkena santau dia tuh!

Tapi sebelum ayah Dhia meninggal, Ayah Dhia sempat pesan sesuatu pada Dhia...
 - Manusia ini sama sahaja. Tiada manusia yang sempurna. Mereka2 semua yang akan datang masa persandingan Dhia, bila mereka meninggal mereka akan memakai kain kapan yang sama, warna putih yang sama. Tiada satu pun yang akan memakai kain kapan daripada sutera. Ayah nak tengok anak ayah ni puas2 sebab nanti bila kita dah terpisah, ayah akan duduk jauh. Dhia ingat pesan ayah, jaga diri elok2, jangan tinggal Solat dan taat pada Zikir (suami Dhia) ye ...

Sedih sangat masa nih! Tak sangka ni kali Dhia bersembang dengan Ayahnya. Selepas ayah dia meninggal, Mak Dhia Jadi trauma. Kadang2 terlupa dan dia masih ingatkan suaminya masih hidup. Mak Zikir manghasut fikiran Dhia dan Zikir dengan mengatakan yang Mak Dhia terkena BADI orang mati iaitu Ayah Dhia. Naseb baek ada Ustaz yang cepat2 menyedarkan mereka semasa dia bertandang ke rumah Dhia. Padahal semua nih kerana Santau yang Mak Zikir buat untuk kenakan besannya.



Umm, korang rasa apa akan jadi seterusnya? ishh, iza tengok citer nih iza rase geram yang teramat sangat! Oke lah, law nak tawu apakah sambungan nya sama2lah kita tengok episod yang akan datang oke, Next week lah. sebab cerita ini cuma bersiaran Isnin - Khamis je. huhuu..

Tapiii... jangan lupa saksikan cerita "TEROWONG" ye, pada pukul 9 - 10 malam nih kat tv3. EPISOD AKHIR tuh! Actually, iza tak pernah ikuti perkembangan cerita nih sebab tak suka citer seram - seram nih! hihii  ^.^  Saja - saja nak ingatkan korang semua! 

Okay lah, pai pai. Nak pergi kedai. Mak iza suruh beli Perencah Nasi Goreng! lalalaa, nak buat nasi goreng! nyum. nyum..




Bersyukur lah andai musibah menimpa diri kita, dengan itu kita akan berasa dekat dengan Allah dan sebenarnya diri kita sebenarnya dalam perhatian dan kasih sayang ALLAH


Jom Singgah Link Dibawah :
Tentang Dhia : Episod 17
♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

0 000 ucap syg pada Cik Iza:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

_Jgn Lupe Klik!_

!♥2010, kini dan Selamanya! Hak Milik Cik Chomeieyza♥!