PhotobucketPhotobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label UMUM. Show all posts
Showing posts with label UMUM. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

Syarat permohonan Baucer Buku RM200 untuk pelajar IPTA !

Bila Tangan dah Gatal nak hapddett...

Edisi Hangat! Download Panduan dan Syarat Permohonan Baucer Buku RM200! 

kepada para pelajar IPT..bagi mengelak sebarang kekeliruan dan salah faham..anda kini sudah boleh memuat turun Garis Panduan dan Syarat Permohonan Baucer Buku RM200.00 melalui laman link di bawah..

Sedikit mengenainya:-
Baucar buku bernilai RM260 juta bagi 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara akan mula diagihkan pada minggu pertama Januari tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap pelajar akan menerima sebanyak RM200 dalam bentuk empat keping baucar RM50 dan bukan wang tunai.

Mereka boleh membeli buku di kedai-kedai buku dilantik dan berdaftar dengan pihak kementerian dan baucar itu hanya boleh digunakan di kedai-kedai tertentu sahaja.

Bagi mendapatkan baucar itu, penerimanya perlu menyerahkan kad pengenalan kepada pihak universiti masing-masing untuk tuntutan.

Sumber : Kaki Wayang

♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Thursday, December 15, 2011

PEREMPUAN MATERIALISTIK | Kau Ingat Kau Bagus Sangat ? !

Bila Tangan dah Gatal nak hapddett...

Materialistik tuh ape ? korang tahu ? Thats means kebendaan . Kalau perempuan yang materialistik tuh plak macam mana ? Ape patut kita cakap ? hah ,  tuh namanya perempuan yang tak sedar dek untung ! Pentingkan kebendaan , nak hidup mewah , nak duit yang banyak , nak boyfrend ada kereta , yang bermotor nih tak pandang , nak tuh nak ini . Pendek kata perempuan materialistik memamg sangat - sangat bahaya ! atau boleh disama ertikan dengan macam - macam makna.


 Contoh perempuan yang materialistik ! [sekadar hiasan]


 Gambar sekadar hiasan


PEREMPUAN MATERIALISTIK + PISAU CUKUR + MATA DUITAN = MAUT !

Kat bawah ni ada satu video Kisah Benar temubual DJ radia tersebut dengan perempuan materialistik tuh dengan tunang dia di X Fresh Fm tentang seorang perempuan materialistik ! Dia dah nak kahwin pon tapi sanggup putus dan cari lelaki lelaki semata - mata kerana tunangnya tuh kerja sebagai penjual berger . Dia hina tunang dia kerja sebagai penjual berger . Uishh memang tak patot ! Korang dengar la sendiri . Sehinggakan DJ Radio tuh pon panasssss! dengan sikap sombong dan angkuh perempuan tuh ! -.-
[ MOOD --> MEMBARA ! ]


p/s : Macam lakonan semula pon ada jugak ! Wallahualam . Tak kisahlah betol atau tidak, yang penting kita ambil isi nya. Semuga perempuan tersebut menyesal dan insaf dengan kata - kata yang dia lemparkan . Dia hina orang satu hari nanti dia akan kena sepuluh kali ganda lebih teruk ! Amin..




** Kepada perempuan - perempuan yang lain di luar sana iza nasihatkan janganlah kita bersikap sedemikian. Sekalipon kita tidak menyanyanginya jangan sampai menghina dan menjatuhkan aib orang . Berbincang dengan sebaik - baiknya. Setiap yang berlaku keatas seseorang tuh pasti ada hikmahnya. Jangan memandang rendah terhadap orang lain . Kita semuanya sama sahaja di mata Allah S W. T . Semuga kita semua dijauhkan daripada Sikap yang buruk nih ! Amin . Dan sayangilah dan terimalah dia seadanya. Kerana setiap seseorang tuh Allah dah sediakan pintu rezeki untuknya . Asalkan kita berusaha untuk mencapainya. ^.^

♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Friday, December 2, 2011

Nak tengOkkk! tapiiii........

♥ OMBAK RINDU ♥
....1 Dis 2011....



Sinopsis

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Da pernah baca Novel dia...Bestttt sgt2 citer nih!!

Nak p tengok tapi tak tawu nak p tgok ngn sape?? ummm...

Mr. R iza jaoh..nun kat shah Alam...adeiii...

cedihhhhhh... :(

♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Cik Jerawat menyerang lagi...!

 

takot kan law jadi macam nih...!

 
 


 
Haiii...oke kali nih nak citer sal J.E.R.A.W.A.T... 
ape tuh jerawat?? hahaha..korg msti da familiar dgn bende nih esp pempuan kan? oke...


Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma. Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut. Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan. Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.

Punca jerawat.
  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.


Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.
  • Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
  • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  • Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  • Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.
Rawatan Untuk Jerawat.
  • Liang yang tersumbat harus dibuka.

    Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.

  • Mengurangkan jangkitan bakteria.

    Menggunakan ubat antibiotik "oral" seperti tetracycline, erythromycin boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak berkesan. Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu menggunakan ubat antibiotik "oral".

  • Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.

    Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.

Gambar sekadar hiasan! huhuu... :P



Kan best law kulit kita bebas dari jerawat... :) 
hihii..so amalkan lah segala petua di atas...
jgn malas2 law nak dapatkan hasil yang baik...
kurangkan makan makanan yang berminyak! 
cuci muka selalu.....n minum air banyak2!
dan sentiasa lakukan aktiviti Sihat oke!



AdiOs AmigOs....Senyum sOkmO...
Salam 1 Malaysia! 

n_n 



♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Wednesday, November 23, 2011

Mengaummmmm!!!!








♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Saturday, September 24, 2011

_rugi tak tengok! _

haloooo.....iza in da house!!! hehehee...act nak mtk coe banyok2 sebab da lama tak update entri baru..almaklumlah, koje banyak...dok ngn assigmnt lagi, projek tuh ini, la nih iza nak kene wat proposal utk projek akhir iza t..waduh2, stress gler! hehee...tapi nak wat lagu mana kan, kena la abihkan..da tanggungjwb namanya...

Nih iza nak bercerita pasai citer hindon di tv...ape nama citer tuh? umm,,,hah amanah dalam cinta n nikita! yang skang dok tengah hangat kat kaca tb... mana2 suri rumah termasuk la mak iza asai tepat time citer tuh nak start da dok mengadap tb..kekadang 30min sebelom tuh da tggu dpn tb..hahahaa...biasalah...


_Amanah Dalam Cinta_

 
 _nikita_

Iza idaklah taksub mana ngn citer hindon nih..huhuu..mana taknye, jalan citer die asik same je..balik2 sedih,sedih,sedih..pastu masalah kuarga, tuh la nih la..langsung takde pembaharuan dalam jalan citer nih! hahaa.. law iza, iza akan tengok permulaan citer tuh dan penghujungnye! kah3!

oke, now iza taknak citer panjang2...korang nak tawu tak ape kesudahan citer tuh? huhuu...Citer nih sebenarnye da lama main kat indon sebab tuh da ada pencetak yang upload kat youtube! so tak heran lah kan? hehee... ;p ....ala, kat tb law korang dok tunggu memang lama g la nak abih..oke, jom ikot iza...kita tengok kesudahan citer "AMANAH DALAM CINTA" dengan "NIKITA"..lalalaa~


"EPISOD AKHIR AMANAH DALAM CINTA"


Bersiaran setiap hari isnin-kamis...jam 2.00 - 3.00 petang! n_n
Hero - MILO... Heroin - JULIE


"EPISOD AKHIR NIKITA!"


Bersiaran setiap hari isnin-jumaat...jam 5.30 - 6.30 petang! n_n
Hero - DONNY.... Heroin - NIKITA


See? dah tawu kesudahannya kan? so pasnih tak payahlah tengok kat tb lagi..hahahaa...mak iza pon da tengok kesudahannya...da lama dah, cume baru arinih sempat nak story mory n share ngn kowang sumer! lalalaaa~~~ jangan marah! hihiii...

oke,,,chalow bete!!! namaste! ^.^


♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Tuesday, July 12, 2011

How To DownLoad Movie!!


Tutorial How To Download Movies!!

Click on The Movie Title
Click Download Button
In a Second The Tiny Paste will Appear.
Choose Your Favourite Websharing
Example: Mediafire\ Hotfile
Copy And Paste The Link On The New Tab or Window.


Fileserve
Copy And Paste Fileserve Link in New Tab or Window
Look Down and Click Slower Download
Insert The Captcha, Submit.
Wait For The Countdown Until Finish.
Slower Download Button Will Appear.
Click Slower Download
Lastly Save File.


Enterupload
Copy And Paste Enterupload Link In New Tab or Window
Click Regular Download
Wait For The Countdown
Click Generate Download Link
Click Download Now
Lastly Save File.


Megaupload
Copy And Paste Megaupload Link in New Tab Or Window
Wait For The Countdown
Click Regular Download
Lastly Save Files


Duckload
Copy And Paste Duckload Link In New Tab Or Window
Look At The Bottom And Click Free Download
Wait For The Countdown
Click Free Download
Wait For The Countdown
Click Free!!
Lastly Save File.


Mediafire
Copy And Paste Mediafire Link In New Tab or Window
Skip Add If The Advertisement
Wait For a Second~ Processing Download Request.
Click Here To Start Download From Mediafire.
Lastly Save File.


Hotfile
Copy And Paste Hotfile Link in New Tab Or Window
Click Regular Download
Wait For the Countdown
Insert The Captcha. Submit.
Click Download File.
Click Here To Download
Lastly Save Files.


Filesonic
Copy And paste Filesonic Link in New Tab Or Window
Look At The Bottom And Click Slower Download
Wait For The Countdown
Insert The Captcha. Submit.
Click Start Download Now.
Lastly Save File.


Wupload
Copy And Paste Wupload Link in New Tab or Window
Click Slower Download Or Regular Download
Wait 10 Second
Insert The Captcha and Submit.
Click Download Now
Save Files.


Uploadstation.
Copy And Paste Uploadstation Link In New Tab or Window
Click Slower Download
Insert Captcha and Confirm Captcha
Wait 19 Second to Download.
Click Slower Download
Save Files.

♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Saturday, July 9, 2011

Bahana makan benda2 mentah!

Eh gambar ape tuh?? hah..arinih iza nak kongsi satu info dengan korang sumer... Siapa dikalangan kita2 nih penggemar SUSHI & SASHIMI??? Law korang memang gemar makan 2 jenis makanan barat tuh, suka ikut gaya pemakanan budaya luar lebih baik hentikan!

Preventation is BETTER than CURE!!!

Nak tahu punca dan bahana SUSHI & SASHIMI nih? jom baca kisah nih!


Ini akibat makan sushi & sashimi (ikan mentah, gurita mentah,udang mentah, dsb). Nama org ini Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, umur 80 tahun, telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoric-nya sejak tahun itu. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktr yang merawatnye menemukan sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.

Jadi, BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI !!!
Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunye didapat pada tubuh ikan mentah baik ikan laut maupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn panas yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu).



Ada sesetengah orang Cina, Japan atau Mat Salleh nih.. mereka akan minum wain selepas makan SUSHI nih... bertujuan dengan cara itu untuk "Memasakkan" Sushi yang dorang makan tadi. Tapi pada mereka yang beragama islam adalah dilarang dan HARAM pada mereka untuk menyentuh dan meminum arak! Jangan sesekali buat! BERDOSA BESAR DAN DIBENCI ALLAH S.W.T...!!


Pesanan ikhlas ::

Berhati-hatilah ketika mahu menjamah.. Pastikan makanan yang korang nak makan tuh selamat, bersih dan betul2 masak sepenuhnya. Jangan amalkan makan bahan2 mentah seperti makanan di atas! kelak nanti diri korang yang susah.. Untuk tanggung penyakit nih di hari tua!



 Renung2 kan Dan Selamat Beramal~!!





♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Wednesday, June 29, 2011

Senarai U Terbaik di Malaysia 2011

hahahaa... Arinih iza nak share ngn korang sumer senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.... jOm...


  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi Mara
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor’s University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  51. INSANIAH University College
  52. Taman Pertanian University
  53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
  54. International Centre for Education in Islamic Finance
  55. Majlis Peperiksaan Malaysia
  56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  57. Disted-Stamford College
  58. Berjaya University College of Hospitality
  59. Asia e University
  60. KBU International College
  61. New INTI College
  62. TATI University College
  63. Nilai International College
  64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
  65. AIMST University
 Yang sedihnye tuh, kesian Politeknik langsung tak tersenarai even politeknik da diangkat sebagai U jugak..ngeh3... LOL :p

tak dinyatakan pulak Ranking ini berdasarkan pencapaian akademik pelajar atau berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh pihak Universiti...Mungkin ia dapat membantu mereka2 yang lepasan SPM untuk memilih U atau IPTA mana yang sesuai dengan kelayakan akademik mereka...


♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Tuesday, June 28, 2011

cOklat??

Tadi iza terbaca satu posting kat group,ada yang cakap makan coklat merbahaya tuk kesihatan...betol ke?? iza tak tawulah kesahihannya so my Chenta pon carikan artikel yang berkaitan dengan coklat nih...nak tawu tak?? jOm baca.... n_n





* Kajian oleh Holland's National Institute of Public Health and Environment mendapati coklat mengandungi 4 kali lebih antioxidants (catechins) berbanding teh hijau, yang mampu mencegah kanser dan sakit jantung. Antioxidants juga mencegah proses penuaan (aging) yang disebabkan oleh free radicals [Fakta: 100mg teh mengandungi 13.9 milligrams catechins; 100mg 'dark chocolate' mengandungi 53.5 milligrams of catechins].


* Coklat mengandungi endorphins, yang mampu mengatasi sakit kronik, di samping bertindak sebagai penenang fikiran.

* Mengandungi Oleic Acid dan Stearic Acid, yang terbukti mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.
* Mengandungi phenolen yang mampu mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung.
* Mengandungi Seratonin, sejenis neurotransmitter dan bertindak sebagai penenang (anti-depressant) - pernah dengar "makanlah coklat jika kamu dalam keadaan marah"?
* Mengandungi phenylethylamine, peningkat mood.
* Mengandungi vitamin B1, B2, D dan E, juga mineral seperti potassium dan magnesium.
* Satu kajian menunjukkan coklat bukan penyebab UTAMA punca keroakan gigi. Ini kerana coklat mengandungi mentega koko yang sebenarnya menyaluti gigi si pemakannya (ketika makan coklat tersebut), dan bakteria tidak boleh hidup dalam kondisi yang sedemikian. Tambahan, koko itu sendiri merupakan agent antibakteria. Tapi ini tidak bermaksud anda tidak perlu gosok gigi (mak suruh) sebelum tidur yea.


Namun, coklat juga ada keburukannya..

* Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).
* Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).
* Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.
* Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera. 

Korang tengOk citer Juvana kat TV3 semalam??? Kan Cikgu Zakiah ada cakap makan coklat baik tuk mereka melepaskan rasa geram atau marah yang ada dalam hati..sebab bila kita makan coklat ia dapat mengeluarkan hormon ape tah..( lupe plak..ngeh3..) tapi yang penting makan coklat bestt!! Lelaki pon ada yang menggemari coklat taw... Tak percaya? cuba tanya orang sekeliling korang...termasuk jugak My Chenta, dia sangat2 menyukai coklat.. ^.^
 

Tapi harus ingat, jangan makan terlalu banyak dan berlebihan nanti akan memudaratkan diri anda sendiri... :)

ce bayangkan law keyboard pc or laptop korg mcm nih??? hahaha...Agak2?

Dan coklat jugak boleh merapatkan silaturrahim n boleh memikat hati pasangan kita..huhu..Contoh bila pasangan kita merajuk or pada hari jadi atau hari yang bermakna dalam hidup mereka, benda yang paling asas n selalu menjadi present adalah COKLAT...coklat..memang sangat2 memikat... n_n
♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Sunday, June 12, 2011

~Wabak E.Coli~

Bakteria mampu berjangkit antara manusia dianggap paling berbahaya
GENEVA: Wabak E.coli kini dikesan di 12 negara dan semakin berbahaya kerana boleh berjangkit antara manusia. Pendedahan itu dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas bakteria itu dikesan di Amerika Syarikat, Republik Czech, Perancis, Jerman, Austria, Denmark, Belanda, Sepanyol, Sweden, Norway, Switzerland dan Britain. Lebih 1,700 kes jangkitan dilaporkan di seluruh dunia sejak kes pertama dilaporkan di Jerman dengan 18 maut setakat ini.
WHO menyatakan, bakteria penyebar wabak itu adalah baru dan lebih mudah berjangkit selain tahan antibiotik dan mempunyai tempoh inkubasi selama lapan hari yang bermakna jangkitan belum sampai kemuncaknya. Pakar masih tidak pasti sumber jangkitan meskipun menolak teori awal bahawa ia daripada timun Sepanyol. Kebimbangan meningkat hingga Russia mengharamkan import semua sayur-sayuran Eropah.
Sementara itu, saintis yang menyiasat jangkitan mendapati bakteria itu membawa toksin biasa yang beracun dan boleh melekat pada usus pesakit. Mereka mengakui E.coli jenis terbaru ini paling beracun terhadap manusia. Kebanyakan Escherichia coli, atau bakteria E.coli, tidak berbahaya.
Bakteria yang menyebabkan penduduk Eropah jatuh sakit dikenali sebagai 0104:H4, yang menghasilkan toksin Shiga atau STEC.  Antara petanda jangkitan ialah cirit birit dan muntah. Dalam kes memudaratkan, ia menyebabkan sindrom uremik hemolitik (HUS) iaitu serangan terhadap buah pinggang hingga menyebabkan koma, sawan dan angin ahmar.
“Jerman kini melaporkan 470 kes HUS. Ini amat luar biasa,” kata Dr Robert Tauxe, pakar penyakit bawaan makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).
CDC bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan Jerman dalam kes itu sejak lewat minggu lalu. – Reuters/Agensi

-Ape yang merisaukan aku, harinih aku sakit perut n cirit birit... Sebab semalam aku p keje kawen, Bangun pagi tadi terus sakit perut... Seagak aku lah kan, da dekat 6 7 kali aku ulang alik toilet...waaaaaa,, takutnyeee...nak wat pemeriksaan dokter ke tak eik?? Law nak ikotkan tadi nak p klinik periksa, tapi aku takot..ya Allah, tolonglah aku...Jauhkanlah aku daripada kemudaratan yang boleh menjejaskan kesihatan aku nih...Aminnn....


♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Thursday, April 21, 2011

*Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP) *





Assalamualaikum wbh

Pada 25 Jan 2007 alhamdulillah saya telah menulis artikel bertajuk Mandi malam dan minum air batu serta kesannya ke atas paru-paru. Alhamdulillah artikel ini telah banyak beredar di alam cyber dan saya telah mendapat pelbagai respons dari artikel ini.

Saya juga telah mendapat pertanyaan melalui email oleh pembaca-pembaca Laman Emjay berkenaan pelbagai penyakit lain dan tidak kurang berkenaan penyakit lelah, semput, astma dan resdung . Lelah, semput, astma dan resdung bolehlah saya kategorikan di bawah penyakit berkaitan sistem pernafasan iaitu ia melibatkan hidung, trakea, bronkus dan paru-paru. Penyakit selsema juga sebenarnya penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan.

Sekiranya kita melakukan kajian statistik, insya Allah kita akan dapati bahawa penyakit lelah, semput, astma dan resdung (penyakit berkaitan sistem pernafasan, PBSP) semakin kerap dan semakin banyak menyerang manusia. Berdasarkan data statistik ini, satu persoalan wajar sekali dikemukakan dan dijadikan iktibar mengapa PBSP ini cukup gemar menyerang manusia moden di Malaysia kini dan bukan manusia zaman dahulu atau zaman saya masih kecil.

Di dalam AlQuran Allah SWT menyebutkan bahawa setiap yang buruk ada kebaikan dan Allah ulang semula pernyataan ini untuk menggambarkan penekanan yang Allah berikan. Pernyataan ini juga membawa maksud bahawa setiap yang baik juga ada keburukannya. Pernyataan ini membawa maksud bahawa pada zaman dahulu, kehidupan adalah kuno dan ketinggalan zaman namun disebalik kesusahan ini ada kebaikannya. Kini zaman moden yang serba canggih kelihatan baik namun banyak pula keburukannya sebagaimana radio, TV dan internet telah banyak merosakkan umat manusia. Kenderaan dan kereta juga adalah kelihatan baik sekali namun ia telah banyak merosakkan alam ini dengan membebaskan banyak bahan toksik serta meningkatkan suhu bumi.

Begitulah keadaannya dan kita semua perlu sekali sedar bahawa setiap yang buruk ada baiknya dan setiap yang baik ada buruknya. Bila diuji Allah dengan sesuatu musibah, janganlah mengeluh kerana disebalik musibah ini terdapat banyak sekali kebaikan.

Kembali kepada PBSP, dalam artikel yang lalu iaitu Mandi malam dan minum air batu serta kesannya ke atas paru-paru , saya telah menyatakan bahawa tabiat mandi malam serta minum air batu merosakkan paru-paru. Air batu adalah anugerah kemajuan teknologi zaman moden yang banyak manfaatnya seperti boleh digunakan untuk mengawet makanan termasuk ikan dan daging namun di sebalik kebaikan ini ada mudharatnya kepada manusia sekiranya mereka gemar minum air batu ini.

Inilah yang ingin saya jelaskan melalui statistik mengapa zaman dahulu tidak banyak PBSP namun kini PBSP ini kelihatan sebagai penyakit yang bakal menyerang hampir setiap keluarga di Malaysia. Pernahkah pembaca Laman Emjay terfikir apakah unsur zaman moden kini yang menjadi salah satu faktor yang menyebabkan PBSP ini?

Zaman dahulu tidak ada kipas angin. Juga tidak ada peti sejuk. Selesa juga hidup saya waktu kecil dahulu walau pun tiada kipas angin jauh sekali set air condition. Namun rahmat Allah di sebalik tidak ada teknologi moden kipas angin dan peti sejuk pada waktu ini ialah tidak ada penyakit PBSP.

Kira-kira lebih 10 tahun lalu apabila arwah guru saya menceritakan kesan tidur di bawah kipas kepada satu keluarga Singapura yang ramai anak-anak termasuk ibunya menghadapi PBSP, saya sangat tersentak dengan penjelasan arwah guru namun cerita ini memangnya tidak dapat saya menafikannya. Keluarga Singapura ini diberikan Allah pelbagai PBSP kepada anak-anak serta ibunya kerana mereka mengamalkan satu tabiaat yang dikongsi sama iaitu "TIDUR DI BAWAH KIPAS YANG LAJU UNTUK SATU TEMPUH YANG LAMA".

Kira-kira tiga bulan yang lalu, satu pasangan yang alhamdulillah telah banyak belajar dari saya datang ke rumah membawa salah seorang anak kecilnya yang berusia sekitar 4 tahun. Isterinya mengadu bahawa anak lelaki ini telah demam panas lebih dari 4 hari dan apabila di bawa ke doktor, apabila anak kecil ini bernafas, paru-parunya berbunyi seperti saluran pernafasannya tersekat kerana banyak lendir. (Bunyi ini dapat didengar jelas dengan menggunakan stetoskop yang digunakan oleh doktor). Saya menyoal si ibu ini "anak kecil awak ini tidur malam bawah kipas nombor berapa?"

Si ibu menjawab ringkas "paling laju iaitu nombor 5".

Astaghfirullahal'azim!. Inilah antara pelbagai musibah dari Allah kerana ibu bapa ini dahulunya sememangnya sangat jahil. Selepas lebih setahun ibu bapa ini memperbaiki diri (alhamdulillah banyak sekali), pelbagai rahmat Allah berikan termasuk rahmat tidak lagi sesak duit sehingga sudah mampu menabung setiap bulan. Kini Allah menambah lagi rahmatNya dengan memberikan penyakit PBSP. Allah memberikan PBSP kepada anak kecil ini agar seluruh keluarga ini diberikan rahmat yang lebih banyak lagi dengan cara mengelakkan amalan tidur malam di bawah kipas yang laju.

2 minggu selepas itu, si ibu datang lagi ke rumah saya dan kali ini emaknya pula sudah kena PBSP. Hujung jari tangan sudah berwarna kebiruan iaitu tanda bahawa paru-paru si ibu sudah bermasalah. Macam mana tidak bermasalah, sudah sangat lama tidur bawah kipas yang laju (speed 5) di samping kerap mandi malam dan minum air batu.

Kini taraf hidup penduduk di Malaysia telah meningkat dan ramai antaranya kini telah mampu memasang set air condition di rumah walaupun berharga ribuan ringgit. Namun di sebalik kebaikan ini terdapat keburukan iaitu mengundang pelbagai PBSP. Baru-baru ini saya mendapat email dari pembaca Laman Emjay menceritakan anak sulung berusia lebih 3 tahun sudah kena astma dan anak yang kedua berusia 11 bulan sudah menghadapi simptom macam abangnya iaitu setiap bangun pagi lendir kahaknya pekat dan banyak. Insya Allah anak kecil 11 bulan ini bakal mengikuti jejak langkah abangnya iaitu bakal kena astma sekiranya amalan buruk ini diteruskan.

Sebaik-baik kelajuan kipas sewaktu tidur adalah speed 1. Kalau menggantikan kipas syiling dengan kipas ekzos lagi baik. Menggunakan kipas berdiri dengan mengarahkan arah angin ke syiling juga dirasakan satu usaha yang baik.

Orang di kawasan musim sejuk memang semua persekitarannya sejuk dan ini kurang mengundang masalah. Masalahnya kita di Malaysia ialah apabila masuk bilik terus sejuk dan apabila keluar bilik terus panas. Situasi ini adalah tidak normal dan ini mengundang masalah PBSP. Alhamdulillah saya serta isteri dan anak-anak sudah agak lama tidak kena demam, batuk atau selsema. Pada 21 Jun 2007 sehingga 24 Jun 2007, saya seramai 6 orang termasuk isteri dan anak-anak tinggal di Somerset Rompin dan kami tinggal selesa di villa dua bilik. Villa ini ini ada 2 living room dan satu dapor. Ada urusan fakulti. Pendek kata semua bilik dan ruang living room sentiasa sejuk dan beraircon. Memang seronok makan, minum bermain dan berehat di tepi pantai nan indah. Bermula selepas kembali ke JB pada petang Ahad, hari Isnin keesokannya, saya dah mula kena selsema dan batuk. Beberapa hari kemudian saya demam agak lama juga. Isteri dan anak-anak saya juga selsema, batuk dan demam. Begitulah penangan aircondition villa di Somerset yang sentiasa on.

Selain air batu, mandi malam dan tidur bawah kipas yang laju serta tidur dalam bilik air condition, makanan juga menyumbang kepada PBSP. Orang yang menghidap penyakit resdung adalah disebabkan amalan dan tabiat permakanan yang kurang sihat. Makanan yang menyumbang penyakit resdung selalunya adalah belacan, udang, kerang, ketam, sotong, rojak petis, cencaluk, budu dan makanan yang sewaktu dengannya . Bagi mereka yang kerap gemar makan makanan ini, berhati-hatilah. Rojak petis dan otak udang adalah makanan yang sangat diragui. Adakah otak udang ini dibuat dari otak udang 100% ? Rojak petis pula mengandungi banyak kandungan otak udang.

Apabila dah kena PBSP, antara kaedah penting merawatnya ialah dengan mengelakkan segala pantang larangnya seperti kipas angin, air condition, air batu, mandi malam serta merokok dan kerja malam (tidur siang). Bekerja di kawasan yang banyak melakukan kerja kimpalan juga merosakkan sistem pernafasan. Bekerja di kilang yang menghasilkan printed circuit board juga merosakkan paru-paru. Seterusnya ialah dengan meminum susu lembu segar atau susu tepung fullcream. Susu lembu segar atau dalam bentuk susu tepung fullcream akan menggalakkan pengeluaran bahan asing daripada paru-paru. Sekiranya pengeluaran bahan asing samaada dalam bentuk hingus, lendir atau kahak dari sistem pernafasan ini terlalu banyak sehingga menyusahkan pernafasan, kurangkan kuantiti susu yang diambil ini. Anda semua kena trial and error untuk mengetahui kuantiti susu yang paling sesuai dimana hingus, lendir atau kahak terus dikeluarkan dari paru-paru dan anda terus mengambil susu setiap masa dan hari. Pada kebiasaannya, minum susu setengah cawan empat kali sehari adalah memadai.

Berjaga-jagalah dengan kipas angin yang laju serta aircondition serta amalan makanan yang tidak baik disamping air batu, mandi malam dan yang kena kerja shift malam tidak ketinggalan juga menghisap rokok. PBSP menghampiri anda.


Sekian wassalam wallahualam



p/s :: credit thanks tuh Mr.Emjay...tuk perkongsian yang sangat2 berguna..

care rawatan sendiri ::
boleh amber kongsi sket sining...?? dr pnjlsn tu maknanye demer ader masalah dgn paru2...amber rasa lah...benda ning kalu dibiar...lama2 btambah buruk...boleh sebabkan asthma,paru2 berair lg teruk jk adik ader masalah resdung....amber ader satu petua...petua yg amber amal jk turun mencari ikan pd musim tengkujuh/hujan...petua yg wajib amber amal utk elak sejuk melampau time hujan...sampai x boleh bercakap...pasal gigi automatik berlaga...hahaha cari minyak urut tradisional panas...bukan minyak panas atau bermenthol cam minyak Cap Kapak... biasanya minyak urut Pak Ali Yunan,atau minyak urut Kayu Merah...memang panas.. caranya...amalkan selepas mandi...titikkan minyak tu dlm 10 ttk..satu sudu teh lebih kurang....sapu dgn PERUT TAPAK TANGAN...bukan dgn JARI TANGAN....sapu minyak dihulu hati...(hulu hati >>ruang antara 2 tulang rusuk...dibawah tengah2 antara dada)....semasa mengurut...tarik nafas spt biasa....tahan kejap napas tu...kendian tapak tangan mengurut ke bawah...yakni turun ke perut....hela nafas tu dgn normal...ulang sampai minyak tu meresap masuk ke dlm badan...buatlah 2-3X pong...lg bagus amal masa nak tido..atau time2 hujan.....insyaAllah...penyakit tu akan hilang sikit demi sikit......setakat ning alhmdullilah dok mengecewakn amber lg...

p/s :: thknss to the great sharing...
♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

_Jgn Lupe Klik!_

!♥2010, kini dan Selamanya! Hak Milik Cik Chomeieyza♥!