Sunday, June 12, 2011

~Wabak E.Coli~

Bakteria mampu berjangkit antara manusia dianggap paling berbahaya
GENEVA: Wabak E.coli kini dikesan di 12 negara dan semakin berbahaya kerana boleh berjangkit antara manusia. Pendedahan itu dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas bakteria itu dikesan di Amerika Syarikat, Republik Czech, Perancis, Jerman, Austria, Denmark, Belanda, Sepanyol, Sweden, Norway, Switzerland dan Britain. Lebih 1,700 kes jangkitan dilaporkan di seluruh dunia sejak kes pertama dilaporkan di Jerman dengan 18 maut setakat ini.
WHO menyatakan, bakteria penyebar wabak itu adalah baru dan lebih mudah berjangkit selain tahan antibiotik dan mempunyai tempoh inkubasi selama lapan hari yang bermakna jangkitan belum sampai kemuncaknya. Pakar masih tidak pasti sumber jangkitan meskipun menolak teori awal bahawa ia daripada timun Sepanyol. Kebimbangan meningkat hingga Russia mengharamkan import semua sayur-sayuran Eropah.
Sementara itu, saintis yang menyiasat jangkitan mendapati bakteria itu membawa toksin biasa yang beracun dan boleh melekat pada usus pesakit. Mereka mengakui E.coli jenis terbaru ini paling beracun terhadap manusia. Kebanyakan Escherichia coli, atau bakteria E.coli, tidak berbahaya.
Bakteria yang menyebabkan penduduk Eropah jatuh sakit dikenali sebagai 0104:H4, yang menghasilkan toksin Shiga atau STEC.  Antara petanda jangkitan ialah cirit birit dan muntah. Dalam kes memudaratkan, ia menyebabkan sindrom uremik hemolitik (HUS) iaitu serangan terhadap buah pinggang hingga menyebabkan koma, sawan dan angin ahmar.
“Jerman kini melaporkan 470 kes HUS. Ini amat luar biasa,” kata Dr Robert Tauxe, pakar penyakit bawaan makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).
CDC bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan Jerman dalam kes itu sejak lewat minggu lalu. – Reuters/Agensi

-Ape yang merisaukan aku, harinih aku sakit perut n cirit birit... Sebab semalam aku p keje kawen, Bangun pagi tadi terus sakit perut... Seagak aku lah kan, da dekat 6 7 kali aku ulang alik toilet...waaaaaa,, takutnyeee...nak wat pemeriksaan dokter ke tak eik?? Law nak ikotkan tadi nak p klinik periksa, tapi aku takot..ya Allah, tolonglah aku...Jauhkanlah aku daripada kemudaratan yang boleh menjejaskan kesihatan aku nih...Aminnn....


♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

0 000 ucap syg pada Cik Iza:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

_Jgn Lupe Klik!_

!♥2010, kini dan Selamanya! Hak Milik Cik Chomeieyza♥!