Monday, May 9, 2011

*kenali personaliti dirimu*






TANAH, AIR, API dan ANGIN...jenis manakah anda??

Kedudukan dalam keluarga juga boleh memberi gambaran terdekat tentang personaliti dirimu.. apatah lagi ia boleh dikaitkan dengan empat unsur asas seperti tanah, air, api dan angin.. Jadi, apakata kamu nilai sendiri keputusan kali ini... :)

TANAH - Anak Pertama, Kelima dan Kesembilan
AIR - Anak Kedua, Keenam dan Kesepuluh
API - Anak ketiga, Ketujuh dan Kesebelas
ANGIN - Anak Keempat, Kelapan dan Kedua belas


TANAH

~ Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti ia mampu mengundang impak negetif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu berubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melakukan perubahan yang drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan - lahan. Oh ya!! kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apakata kamu kekalkan kedua-dua keperibadian positif tersebut dan baiki lain2 kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing2...


AIR


~ Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan airmata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam kategori air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan,...bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!


API


~ Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa juga perkara. Selain itu, individu ini juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati2 dan peka dengan keadaan sekeliling.


ANGIN


~ Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman2 sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya individu ini sering dikelilingi ramai teman tak kire tua atau mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata2 mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semulajadi yang sukae untuk dikikis. Bersesuaian dgn sifatr angin, individu yang tergolong drpd unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin kerana itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar2 pasangan...


-Namun, ini hanyalah sekadar kajian yang telah dibuat dan tidak 100% kena dengan individu tersebut...semuanya bergantung pada diri anda sendiri yang menentukan siapakah diri anda dan apakah sikap dan perangai diri anda yang sebenarnya...n_n

-si chomeieyza-
♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

3 000 ucap syg pada Cik Iza:

Muhammad Rahman said...

Btol r.. Abg Tanah syg Air.. Hehe Mmg betol sngat2..

♥chEntA mAtAharikU♥ said...

tawu takpe..contohnye..law kite tanam satu pkok uh atas tanah,,kite mesti kne siram ngn air..baru pkok uh leh subur..heheee:)

NURUL SHARIZAH ABU BAKAR said...

cinta MELODY,,,,ya faezah,,,lurve your songs,,,,good work,,,DEAR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

_Jgn Lupe Klik!_

!♥2010, kini dan Selamanya! Hak Milik Cik Chomeieyza♥!