Assalamualaikum wbh
Pada 25 Jan 2007 alhamdulillah saya telah menulis artikel bertajuk Mandi malam dan minum air batu serta kesannya ke atas paru-paru. Alhamdulillah artikel ini telah banyak beredar di alam cyber dan saya telah mendapat pelbagai respons dari artikel ini.
Saya juga telah mendapat pertanyaan melalui email oleh pembaca-pembaca Laman Emjay berkenaan pelbagai penyakit lain dan tidak kurang berkenaan penyakit lelah, semput, astma dan resdung . Lelah, semput, astma dan resdung bolehlah saya kategorikan di bawah penyakit berkaitan sistem pernafasan iaitu ia melibatkan hidung, trakea, bronkus dan paru-paru. Penyakit selsema juga sebenarnya penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan.
Sekiranya kita melakukan kajian statistik, insya Allah kita akan dapati bahawa penyakit lelah, semput, astma dan resdung (penyakit berkaitan sistem pernafasan, PBSP) semakin kerap dan semakin banyak menyerang manusia. Berdasarkan data statistik ini, satu persoalan wajar sekali dikemukakan dan dijadikan iktibar mengapa PBSP ini cukup gemar menyerang manusia moden di Malaysia kini dan bukan manusia zaman dahulu atau zaman saya masih kecil.
Di dalam AlQuran Allah SWT menyebutkan bahawa setiap yang buruk ada kebaikan dan Allah ulang semula pernyataan ini untuk menggambarkan penekanan yang Allah berikan. Pernyataan ini juga membawa maksud bahawa setiap yang baik juga ada keburukannya. Pernyataan ini membawa maksud bahawa pada zaman dahulu, kehidupan adalah kuno dan ketinggalan zaman namun disebalik kesusahan ini ada kebaikannya. Kini zaman moden yang serba canggih kelihatan baik namun banyak pula keburukannya sebagaimana radio, TV dan internet telah banyak merosakkan umat manusia. Kenderaan dan kereta juga adalah kelihatan baik sekali namun ia telah banyak merosakkan alam ini dengan membebaskan banyak bahan toksik serta meningkatkan suhu bumi.
Begitulah keadaannya dan kita semua perlu sekali sedar bahawa setiap yang buruk ada baiknya dan setiap yang baik ada buruknya. Bila diuji Allah dengan sesuatu musibah, janganlah mengeluh kerana disebalik musibah ini terdapat banyak sekali kebaikan.
Kembali kepada PBSP, dalam artikel yang lalu iaitu Mandi malam dan minum air batu serta kesannya ke atas paru-paru , saya telah menyatakan bahawa tabiat mandi malam serta minum air batu merosakkan paru-paru. Air batu adalah anugerah kemajuan teknologi zaman moden yang banyak manfaatnya seperti boleh digunakan untuk mengawet makanan termasuk ikan dan daging namun di sebalik kebaikan ini ada mudharatnya kepada manusia sekiranya mereka gemar minum air batu ini.
Inilah yang ingin saya jelaskan melalui statistik mengapa zaman dahulu tidak banyak PBSP namun kini PBSP ini kelihatan sebagai penyakit yang bakal menyerang hampir setiap keluarga di Malaysia. Pernahkah pembaca Laman Emjay terfikir apakah unsur zaman moden kini yang menjadi salah satu faktor yang menyebabkan PBSP ini?
Zaman dahulu tidak ada kipas angin. Juga tidak ada peti sejuk. Selesa juga hidup saya waktu kecil dahulu walau pun tiada kipas angin jauh sekali set air condition. Namun rahmat Allah di sebalik tidak ada teknologi moden kipas angin dan peti sejuk pada waktu ini ialah tidak ada penyakit PBSP.
Kira-kira lebih 10 tahun lalu apabila arwah guru saya menceritakan kesan tidur di bawah kipas kepada satu keluarga Singapura yang ramai anak-anak termasuk ibunya menghadapi PBSP, saya sangat tersentak dengan penjelasan arwah guru namun cerita ini memangnya tidak dapat saya menafikannya. Keluarga Singapura ini diberikan Allah pelbagai PBSP kepada anak-anak serta ibunya kerana mereka mengamalkan satu tabiaat yang dikongsi sama iaitu "TIDUR DI BAWAH KIPAS YANG LAJU UNTUK SATU TEMPUH YANG LAMA".
Kira-kira tiga bulan yang lalu, satu pasangan yang alhamdulillah telah banyak belajar dari saya datang ke rumah membawa salah seorang anak kecilnya yang berusia sekitar 4 tahun. Isterinya mengadu bahawa anak lelaki ini telah demam panas lebih dari 4 hari dan apabila di bawa ke doktor, apabila anak kecil ini bernafas, paru-parunya berbunyi seperti saluran pernafasannya tersekat kerana banyak lendir. (Bunyi ini dapat didengar jelas dengan menggunakan stetoskop yang digunakan oleh doktor). Saya menyoal si ibu ini "anak kecil awak ini tidur malam bawah kipas nombor berapa?"
Si ibu menjawab ringkas "paling laju iaitu nombor 5".
Astaghfirullahal'azim!. Inilah antara pelbagai musibah dari Allah kerana ibu bapa ini dahulunya sememangnya sangat jahil. Selepas lebih setahun ibu bapa ini memperbaiki diri (alhamdulillah banyak sekali), pelbagai rahmat Allah berikan termasuk rahmat tidak lagi sesak duit sehingga sudah mampu menabung setiap bulan. Kini Allah menambah lagi rahmatNya dengan memberikan penyakit PBSP. Allah memberikan PBSP kepada anak kecil ini agar seluruh keluarga ini diberikan rahmat yang lebih banyak lagi dengan cara mengelakkan amalan tidur malam di bawah kipas yang laju.
2 minggu selepas itu, si ibu datang lagi ke rumah saya dan kali ini emaknya pula sudah kena PBSP. Hujung jari tangan sudah berwarna kebiruan iaitu tanda bahawa paru-paru si ibu sudah bermasalah. Macam mana tidak bermasalah, sudah sangat lama tidur bawah kipas yang laju (speed 5) di samping kerap mandi malam dan minum air batu.
Kini taraf hidup penduduk di Malaysia telah meningkat dan ramai antaranya kini telah mampu memasang set air condition di rumah walaupun berharga ribuan ringgit. Namun di sebalik kebaikan ini terdapat keburukan iaitu mengundang pelbagai PBSP. Baru-baru ini saya mendapat email dari pembaca Laman Emjay menceritakan anak sulung berusia lebih 3 tahun sudah kena astma dan anak yang kedua berusia 11 bulan sudah menghadapi simptom macam abangnya iaitu setiap bangun pagi lendir kahaknya pekat dan banyak. Insya Allah anak kecil 11 bulan ini bakal mengikuti jejak langkah abangnya iaitu bakal kena astma sekiranya amalan buruk ini diteruskan.
Sebaik-baik kelajuan kipas sewaktu tidur adalah speed 1. Kalau menggantikan kipas syiling dengan kipas ekzos lagi baik. Menggunakan kipas berdiri dengan mengarahkan arah angin ke syiling juga dirasakan satu usaha yang baik.
Orang di kawasan musim sejuk memang semua persekitarannya sejuk dan ini kurang mengundang masalah. Masalahnya kita di Malaysia ialah apabila masuk bilik terus sejuk dan apabila keluar bilik terus panas. Situasi ini adalah tidak normal dan ini mengundang masalah PBSP. Alhamdulillah saya serta isteri dan anak-anak sudah agak lama tidak kena demam, batuk atau selsema. Pada 21 Jun 2007 sehingga 24 Jun 2007, saya seramai 6 orang termasuk isteri dan anak-anak tinggal di Somerset Rompin dan kami tinggal selesa di villa dua bilik. Villa ini ini ada 2 living room dan satu dapor. Ada urusan fakulti. Pendek kata semua bilik dan ruang living room sentiasa sejuk dan beraircon. Memang seronok makan, minum bermain dan berehat di tepi pantai nan indah. Bermula selepas kembali ke JB pada petang Ahad, hari Isnin keesokannya, saya dah mula kena selsema dan batuk. Beberapa hari kemudian saya demam agak lama juga. Isteri dan anak-anak saya juga selsema, batuk dan demam. Begitulah penangan aircondition villa di Somerset yang sentiasa on.
Selain air batu, mandi malam dan tidur bawah kipas yang laju serta tidur dalam bilik air condition, makanan juga menyumbang kepada PBSP. Orang yang menghidap penyakit resdung adalah disebabkan amalan dan tabiat permakanan yang kurang sihat. Makanan yang menyumbang penyakit resdung selalunya adalah belacan, udang, kerang, ketam, sotong, rojak petis, cencaluk, budu dan makanan yang sewaktu dengannya . Bagi mereka yang kerap gemar makan makanan ini, berhati-hatilah. Rojak petis dan otak udang adalah makanan yang sangat diragui. Adakah otak udang ini dibuat dari otak udang 100% ? Rojak petis pula mengandungi banyak kandungan otak udang.
Apabila dah kena PBSP, antara kaedah penting merawatnya ialah dengan mengelakkan segala pantang larangnya seperti kipas angin, air condition, air batu, mandi malam serta merokok dan kerja malam (tidur siang). Bekerja di kawasan yang banyak melakukan kerja kimpalan juga merosakkan sistem pernafasan. Bekerja di kilang yang menghasilkan printed circuit board juga merosakkan paru-paru. Seterusnya ialah dengan meminum susu lembu segar atau susu tepung fullcream. Susu lembu segar atau dalam bentuk susu tepung fullcream akan menggalakkan pengeluaran bahan asing daripada paru-paru. Sekiranya pengeluaran bahan asing samaada dalam bentuk hingus, lendir atau kahak dari sistem pernafasan ini terlalu banyak sehingga menyusahkan pernafasan, kurangkan kuantiti susu yang diambil ini. Anda semua kena trial and error untuk mengetahui kuantiti susu yang paling sesuai dimana hingus, lendir atau kahak terus dikeluarkan dari paru-paru dan anda terus mengambil susu setiap masa dan hari. Pada kebiasaannya, minum susu setengah cawan empat kali sehari adalah memadai.
Berjaga-jagalah dengan kipas angin yang laju serta aircondition serta amalan makanan yang tidak baik disamping air batu, mandi malam dan yang kena kerja shift malam tidak ketinggalan juga menghisap rokok. PBSP menghampiri anda.
Sekian wassalam wallahualam
p/s :: credit thanks tuh Mr.Emjay...tuk perkongsian yang sangat2 berguna..
care rawatan sendiri ::
boleh amber kongsi sket sining...?? dr pnjlsn tu maknanye demer ader masalah dgn paru2...amber rasa lah...benda ning kalu dibiar...lama2 btambah buruk...boleh sebabkan asthma,paru2 berair lg teruk jk adik ader masalah resdung....amber ader satu petua...petua yg amber amal jk turun mencari ikan pd musim tengkujuh/hujan...petua yg wajib amber amal utk elak sejuk melampau time hujan...sampai x boleh bercakap...pasal gigi automatik berlaga...hahaha cari minyak urut tradisional panas...bukan minyak panas atau bermenthol cam minyak Cap Kapak... biasanya minyak urut Pak Ali Yunan,atau minyak urut Kayu Merah...memang panas.. caranya...amalkan selepas mandi...titikkan minyak tu dlm 10 ttk..satu sudu teh lebih kurang....sapu dgn PERUT TAPAK TANGAN...bukan dgn JARI TANGAN....sapu minyak dihulu hati...(hulu hati >>ruang antara 2 tulang rusuk...dibawah tengah2 antara dada)....semasa mengurut...tarik nafas spt biasa....tahan kejap napas tu...kendian tapak tangan mengurut ke bawah...yakni turun ke perut....hela nafas tu dgn normal...ulang sampai minyak tu meresap masuk ke dlm badan...buatlah 2-3X pong...lg bagus amal masa nak tido..atau time2 hujan.....insyaAllah...penyakit tu akan hilang sikit demi sikit......setakat ning alhmdullilah dok mengecewakn amber lg...
p/s :: thknss to the great sharing...
Post a Comment
1 000 ucap syg pada Cik Iza:
Jadi kesimpulan dari artikel neyh buangkan aircond, peti sejuk,kipas, n ape2 je yg sejuk kat umah anda.. mulakan minum air panas.. duduk bwh matahari n mandi air panas hehe smoga berjaya..