PhotobucketPhotobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Sunday, June 5, 2011

*Perempuan mudah masuk Syurga tapi ramai di Neraka*

Assalamualaikum...selamat pagi semuaa...huarrghhh!! mata ta nantOk lagi la weyhh...soo,putrieyman amek ksempatan nih nak share sikit entri kali nih ngn kamoo sumer!! Jom kita same2 bace... kita jadikan ini sebagai panduan untuk kita menuju n berubah kearah kebaikan oke... kita manusia nih mmg serba kekurangan..tapi insyAllah kita semua berusaha tuk menjadi yg lebih baik.. jOm...kite bace! (:


Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Perempuan tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.

Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.
Rasulullah SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (an-Nasa’i)”
Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”
Namun perempuan lebih ramai di neraka

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”


 - insyallah...kita sama2 berusaha kearah yg lebih baik...& insyAllah kita pasti bole jadi bidadari untuk suami2 kita di syurga nanti...yang baik semuanya datang drpd Allah S.W.T n yg buruk semuanya datang drpd saya,
kita sebagai hambanya yg kerdil...-


......RENUNG2 KAN DAN SELAMAT BERAMAL........INSYALLAH........


♥ Menarik? Like dan tinggalkan komen oke! tq ♥

0 000 ucap syg pada Cik Iza:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

_Jgn Lupe Klik!_

!♥2010, kini dan Selamanya! Hak Milik Cik Chomeieyza♥!